Khairy pandang serius Laporan Ketua Audit Negara, tindakan akan diambil

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memandang serius Laporan Ketua Audit Negara mengenai kementerian itu yang berbelanja secara tidak berhemat semasa menganjurkan Hari Belia 2012.

“Yang pasti, kami di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana kerajaan adalah wang rakyat. Kita mesti bertanggungjawab pada setiap sen yang dibelanjakan,” katanya.

 Khairy berkata, prinsip kebertanggungjawaban bersama amat bermakna baginya dan “saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya.
“Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah,” katanya dalam akaun Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan semalam, mendapati perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi promosi dan publisiti Hari Belia Negara 2012